Yaman... Pasti tidak ku lupakan

Salam Perantauan...

Yaman bakal aku tinggalkan ia. Ku berharap mungkin untuk seketika waktu sahaja. Aku belum puas lagi di sini. Banyak lagi perkara yang perlu aku tahu di sini. Aku tak akan biar ianya dilupakan begitu sahaja walaupun aku masih baru di sini.

Banyak perkara hikmah yang aku lalui di sini. Ianya mengajarkanku erti sebuah kehidupan ku dalam menenpuhi cabaran hidup di dunia ini. Ianya mengajarku sifat ketabahan, kesabaran dan kepercayaan kepada segala ketentuan Ilahi. Ianya pasti akan dikenang serta diingati.

Ilmu di dalam kelas serta di luar kelas aku miliki juga di sini. Melihat suasana orang-orang arab serta persekitaran mereka menyebabkan aku rasa ianya satu suasana yang indah. Walaupun mereka suka mengunyah daun Qat, bertengkar sehingga membawa kepada bergaduh dan sebagainya lagi, namun bukan itu yang menjadi ukuran pada diriku.

Yaman membuatku membuka minda / fikiran ku untuk berfikir tentang keadilan Tuhan kepada makhluk-Nya. Ianya juga dipraktikalkan oleh orang-orang arab Yaman itu sendiri.

Benarlah sabda Nabi SAW di dalam kata baginda pada 1400 tahun yang lalu tentang peribadi seorang arab Yaman yang sifat meraka ini tidak sama dengan sifat orang arab di negara arab yang lain. Mereka sungguh lembuh hati dan ketoleransian dalam pergaulan kehidupan seharian sangat bijak.

ok lah, sekadar catatan kenangan ku di sini sekitar hampir sudah 2 tahun aku di perantauan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Terima Kasih & JazakumulLah Khairan & Ma'asSalamah

.