Berbelanjalah Di Jalan Allah

Surah al-Baqarah : 261

Saya melipat kain sambil menonton rancangan realiti yang memaparkan bagaimana sekumpulan peserta yang akan mencari orang2 yang sedang dalam kesusahan untuk diberikan bantuan samada dalam bentuk wang atau hartabenda. Satu kepuasan yang tidak boleh dinyatakan dengan kata2 setiap kali peserta2 tersebut dapat menyelesaikan misi yang telah diberikan kepada mereka. Ada di antara penyumbang kepada wang yang akan diagih2kan kepada mereka yang memerlukan adalah syarikat perjudian. Bagi mereka, tidak salah dan apatah lagi mereka memberikan kepada yang memerlukan.

Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang kita akan keluarkan sebagai sedekah/infaq adalah sesuatu yang suci dan halal. Dalam Islam juga yang haram dan yang halal itu jelas. Jadi hasil daripada judi atau apa juga harta yang kita perolehi dari jalan yang tidak halal, adalah tidak diterima, walaupun kita memberikan kepada yang memerlukan.

Saya hanya mengambil yang positif dari apa yang dipaparkan....kalaulah saya mempunyai duit yang begitu banyak, mungkin saya boleh melakukan yang sedemikian....

Seorang teman rapat juga berkata demikian,"...kalaulah akak ada duit banyak, bagus agaknya...boleh menyumbang banyak untuk orang2 yang memerlukan".

"Atau sebab tu Allah tak bagi kita duit banyak, mungkin bila kita ada duit banyak kita kedekut dan berkira2 untuk menyumbang...", kami sama2 senyum dan berfikir...

Bandingan (derma) orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya....(al-Baqarah : 261)

Jadi, apa tunggu lagi? Tidak yakinkah kita dengan janji Allah. Banyak atau sedikit bukan ukuran untuk kita bersedekah/berinfaq. Tidak perlu untuk kita menjadi hartawan/jutawan untuk menafkahkan sebahagian daripada harta yang kita miliki.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya....(Ali-Imran : 92)

**************
"Kakak, abang....nak derma tak untuk Palestin?".

"Nakkk...., umi ambil la daripada duit kakak dan abang yang umi simpan", kakak mencadangkan.

"Ye, mi...abang setuju", abang menyampuk.

"Adik?", adik Yam bersuara.

"Adik pun nak bagi untuk Palestin ke?".

"Nakkk...", adik Yam bersungguh2 mengiyakan pertanyaan saya.

"Okey, nanti umi ambil sikit duit adik Yam yang umi simpan ye...".

"Yeaaaa....", dik Yam seronok.

Isu Palestin adalah masalah umat. Ia berkait dengan keimanan kita. Syeikh Yusuf al-Qardawi ada mengingatkan kita bahawa menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah kewajipan agama pada setiap Muslim dan tiada siapa dikecualikan dari tugas tersebut. Umat Islam mesti bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

sumber nukilan :http://umijah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Terima Kasih & JazakumulLah Khairan & Ma'asSalamah

.